Bismillahirrrahmanirrahim..
Ya Allah ya Tuhan kami..dengan sifat-sifat keagungan serta
kebesaranMU..pada hari yang penuh keberkatan ini..bersempana dengan Sambutan
Hari Guru bulan ini..kami sekalian
hambaMU ya Allah..merafakkan dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan
nikmat yang berterusan kapada kami..
Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai keredaanMU
ya Allah..jauhkanlah kami daripada ujian merbahaya..ampunilah dosa kesalahan
kami..kukuhkanlah perpaduan serta muhibah antara kami..
Sesungguhya tugas seorang guru adalah tugas yang mulia lagi
murni sepanjang zaman..justeru kurniakanlah kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya..larongkanlah
hati-hati kamiagar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredaanMU semata-mata..
Pada kesempatan ini..kami memohon dengan kebesaran dan
kehebatanMU ya Allah..kurniakanlah kami sifat yang mulia dan akhlak yang
luhur..mudah-mudahan kami dapat mendidik anak didik kami menjadi anak didik
yang sentiasa menghormati guru..mendengar nasihat dan tunjuk ajar..semoga kami
menjadi insan sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara tercinta..
Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami..agar budaya
kerja berkualiti menjadi amalan kami..dan supaya kami sentiasa berusaha
melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian kami..demi kemajuan organisasi,
masyarakat, agama dan Negara..Engkau sematkanlah ke dalam diri kami ya
Allah..rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami untuk
dilaksanakan..
Ya Allah..anugerahkanlah juga kepada kami barisan pendidik
sifat kesabaran, ketabahan, semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan sentiasa berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan
kokurikulum murid-murid kami khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya..
Ampunkanlah dosa kami ya Allah..dosa kedua ibubapa kami dan
dosa mukminin dan mukminat seluruhnya sama ada yang masih hidup mahupun yang
telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami..ya Allah kurniakanlah kepada
kami kebaikan hidup di dunia dan di akhirat..dan selamatkanlah kami dari azab
api neraka..
Amen ya rabbal ‘alamin..
p/s
SELAMAT HARI GURU BUAT :
p/s
SELAMAT HARI GURU BUAT :
- suami tercinta En. Mohammad 'Aroff b Samsudin
- kedua ibubapaku Datin Hajah Rohani bt Abdullah Arshah & Dato' Haji Sahariman b Hamdan dan ibubapa mertuaku Pn. Zabedah & En. Samsudin
- adik beradikku (ayong, kakyong, apis, eda, acah, napi & mei)
- saudara maraku (engah, m.ngah, ede, m.de, eteh, m.teh, chu, echu)
- guru-guru di SRA Al-Mukmin, SMA Al-Khairiah Temerloh, Kuliah Pekan, Kolej IKIP, Universiti Yarmouk dan IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
- rakan-rakan seperjuangan yang telah menjadi guru dan bakal menjadi guru

0 comments:
Post a Comment