29 mac
kisah keguguran ku bermula pada 29 mac lalu..ketika itu aku berada di rumah mak mertua ku dan sedang berkemas-kemas untuk pulang ke rumah ku di kerteh..sedang aku mengemas-ngemas tiba-tiba aku merasa sesuatu keluar dari bahagian bawah ku..sejurus itu aku terus ceritakan kepada mak mertua ku tentang apa yang aku rasai..lalu mak mertua ku terus menelefon suami ku yang ketika itu dia berada di bengkel kereta.
setibanya suami ku di rumah, aku bersiap-siap untuk terus ke hospital..ibu mertua ku turut sama menemani ku ke hospital..setiba di sana, aku terus dibawa kebahagian emergency..beberapa minit ku disitu..datang seorang MO..dia terus membuat scan..aku hanya memandang kepadanya menanti seribu jawapan..dia memanggil rakannya untuk membuat scan skali lg..
"maaf puan..baby dah xde..harap bsabar ea.." ujar rakannya kepada ku..
aku menoleh ke skrin yang dialihnya mengadapku..tiada lagi denyutan jantung..
"yaAllah..kuatkan ku.." aku menahan air mata dari keluar..aku cuba mengawal emosi ku ketika ini..di mana suami ku??
beberapa minit selepas itu..suami ku bearada di sisi ku..
"macam mana??doktor kata apa??"
"dah xde abang.."hanya perkataan itu yang dapat aku katakan pada suami ku..saat itu juga air mata ku jatuh..
"xpe..banyakkan bersabar ea..bukan rezeki kte.."
dia berkata dengan tenang.. membuat aku menangis lagi..
murung..sedih..separuh nyawa ku di bawa pergi..
suami ku memberitahu seluruh ahli keluarga..ibu dan ayah ku datang juga pada malam itu..
30 mac
awal pagi lg suami ku sudah ada di sisi ku..suami ku mengambil cuti emergency..aku merindu kakak dan adik..
selepas suami turun ke lobby..aku di scan skali lagi..tp kali ini oleh pakar pula..dia scan perut aku..aku hanya membatu..mengharapkan jawapan yang berbeza...namun, jawapan yang sama aku perolehi..selepas itu aku di masukkan ubat untuk membuka jalan..setiap 3jam aku akan dimasukkan ubat lagi..sakitkah atau tidak??
alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..tiada kesakitan yang aku rasakan..
sepanjang hari itu, aku hanya duduk di atas katil..setiap kali waktu melawat..ibu bapa ku, ibu bapa mertua dan ahli keluarga lain sentiasa ada..mereka menghiburkan haty ku..terima kasih semua..
31 mac
jam 2.40am..aku tersedar dari tidur..aku merasa kurang selesa di bahagian bawah..aku menguatkan diri untuk turun dari katil dan pergi ke bilik air..tetapi..belum sempat aku mengangkat badan..aku merasa sesuatu keluar dari bawah.."yaAllah..kuatkan aku..."tidak ada kata yang dapat aku katakan saat ini..hati ku berdebar2..
aku menekan loceng..dua orang jururawat datang..
"kenapa puan??" tanya mereka..
"saya rasa sesuatu keluar.."
"sekejap ea puan..kami call doktor.."
selepas itu mereka menolak ku masuk ke bilik rawatan..sementara menunggu doktor datang..mereka menukar pakaian ku dan menyediakan bahan2 yang hendak digunakan oleh doktor sebentar lagi..
setibanya doktor, dia terus memberikan rawatan kepada ku..aku hanya mampu berdoa dan berzikir..rupa2nya yang keluar adalah uri beserta janin dan darah2 beku..alhamdulillah, aku bsyukur kerana Allah permudahkan segalanya..selesai doktor merawatku..jururawat menunjukkan janin kepada ku..
"puan..ni janinnya..perempuan.."kata jururawat..aku hanya mampu tersenyum dengan air mata..
"maafkan umy sayang..xjaga sayang elok2.."haty kecil ku berbisik..
selepas aku ditolak keluar dari bilik rawatan..aku menelefon suami ku menceritakan apa yang berlaku..belum sempat aku menghabiskan kata..dia yang sentiasa menanti ku di lobby terus berlari naik ke wad..aku bsyukur kerana dia menjadi suami ku..sentiasa ada di samping ku..terima kasih abang..
"puan..lepas ni puasa yea..sebab kte takut kena cuci.."ujar seorang jururawat yang hampir kepada ku..
adusss..kecut perut aku dibuatnya..namun aku kuatkan aty..aku bdoa semoga Allah permudahkan segalanya..
dari masa itu sehinggalah pakar datang, aku hanya diberi antibiotik..6 botol..banyakkan..tangan memang rasa xle nk nagkat..almaklumlah, jarum besar..sakit xyah cter lah..
pagi itu, suami ku datang membantu ku menguruskan diri..kerana aku betul2 tidak mampu untuk membuat sendiri..selesai aku mengurus diri..pakar datang membuat cek..suami ku tpakse pulang ke rumah untuk menguruskan kebumian..
sewaktu pakar membuat cek..aty ku berdebar2..moga aku dapat pulang hari ini..selepas mendengar penerangan dari doktor..pakar memberitahu ku..aku boleh pulang..yesssss..
"puan boleh pulang hari ini..cz uri n janin dah keluar sepenuhnya..so xperlu cuci.."jelas pakar kepada ku..
alhamdulillah..skali lagi Allah permudahkan urusan ku..terima kasih yaAllah..
tengah hari itu aku discharge dari hospital dengan temujanji pakar pada bulan 6..
Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Di sebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.
Wallahu Alam.
Innaalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun.
Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah:216)
0 comments:
Post a Comment