Tuesday, 27 May 2014

***persediaan SPP***

0 comments
SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari

KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini

SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan

KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS

URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

 Link ini juga saya kongsikan untuk memberikan kita panduan temuduga dengan lebih terperinci. Terima kasih atas perkongsian yang berguna. (klik di sini)

semoga berjaya kawan2 semua..bittaufiq wannajah.. =D

Monday, 26 May 2014

kembali belajar dan mengutip ilmu~~

0 comments
ayuh kawan-kawan..
kita kembali ke maktab buat kali terakhir..
kutiplah sebanyak mungkin ilmu kali ini..
kerana kita mungkin tidak akan kembali ke sini lagi..
simpanlah sebanyak mana memori indah kita bersama..
pasti rindu saat kita bersama..

siap siaga diri ea kawan2..

Friday, 16 May 2014

selamat hari guru~~

0 comments




Bismillahirrrahmanirrahim..

Ya Allah ya Tuhan kami..dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaranMU..pada hari yang penuh keberkatan ini..bersempana dengan Sambutan Hari Guru bulan ini..kami sekalian hambaMU ya Allah..merafakkan dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan nikmat yang berterusan kapada kami..

Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai keredaanMU ya Allah..jauhkanlah kami daripada ujian merbahaya..ampunilah dosa kesalahan kami..kukuhkanlah perpaduan serta muhibah antara kami..

Sesungguhya tugas seorang guru adalah tugas yang mulia lagi murni sepanjang zaman..justeru kurniakanlah kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya..larongkanlah hati-hati kamiagar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredaanMU semata-mata..

Pada kesempatan ini..kami memohon dengan kebesaran dan kehebatanMU ya Allah..kurniakanlah kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur..mudah-mudahan kami dapat mendidik anak didik kami menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru..mendengar nasihat dan tunjuk ajar..semoga kami menjadi insan sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara tercinta..

Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami..agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami..dan supaya kami sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian kami..demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan Negara..Engkau sematkanlah ke dalam diri kami ya Allah..rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami untuk dilaksanakan..

Ya Allah..anugerahkanlah juga kepada kami barisan pendidik sifat kesabaran, ketabahan, semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum murid-murid kami khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya..

Ampunkanlah dosa kami ya Allah..dosa kedua ibubapa kami dan dosa mukminin dan mukminat seluruhnya sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami..ya Allah kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan di akhirat..dan selamatkanlah kami dari azab api neraka..

Amen ya rabbal ‘alamin..

p/s
SELAMAT HARI GURU BUAT :
  •  suami tercinta En. Mohammad 'Aroff b Samsudin
  • kedua ibubapaku Datin Hajah Rohani bt Abdullah Arshah & Dato' Haji Sahariman b Hamdan dan ibubapa mertuaku Pn. Zabedah & En. Samsudin
  • adik beradikku (ayong, kakyong, apis, eda, acah, napi & mei)
  • saudara maraku (engah, m.ngah, ede, m.de, eteh, m.teh, chu, echu)
  • guru-guru di SRA Al-Mukmin, SMA Al-Khairiah Temerloh, Kuliah Pekan, Kolej IKIP, Universiti Yarmouk dan IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
  • rakan-rakan seperjuangan yang telah menjadi guru dan bakal menjadi guru
 

SELAMAT DATANG KE BLOG NOORUL HIDAYAH Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template