bismillahirrahmanirrahim....
29 mac
kisah
keguguran ku bermula pada 29 mac lalu..ketika itu aku berada di rumah
mak mertua ku dan sedang berkemas-kemas untuk pulang ke rumah ku di
kerteh..sedang aku mengemas-ngemas tiba-tiba aku merasa sesuatu keluar
dari bahagian bawah ku..sejurus itu aku terus ceritakan kepada mak
mertua ku tentang apa yang aku rasai..lalu mak mertua ku terus menelefon
suami ku yang ketika itu dia berada di bengkel kereta.
setibanya
suami ku di rumah, aku bersiap-siap untuk terus ke hospital..ibu mertua
ku turut sama menemani ku ke hospital..setiba di sana, aku terus dibawa
kebahagian emergency..beberapa minit ku disitu..datang seorang MO..dia
terus membuat scan..aku hanya memandang kepadanya menanti seribu
jawapan..dia memanggil rakannya untuk membuat scan skali lg..
"maaf puan..baby dah xde..harap bsabar ea.." ujar rakannya kepada ku..
aku menoleh ke skrin yang dialihnya mengadapku..tiada lagi denyutan jantung..
"yaAllah..kuatkan ku.." aku menahan air mata dari keluar..aku cuba mengawal emosi ku ketika ini..di mana suami ku??
beberapa minit selepas itu..suami ku bearada di sisi ku..
"macam mana??doktor kata apa??"
"dah xde abang.."hanya perkataan itu yang dapat aku katakan pada suami ku..saat itu juga air mata ku jatuh..
"xpe..banyakkan bersabar ea..bukan rezeki kte.."
dia berkata dengan tenang.. membuat aku menangis lagi..
murung..sedih..separuh nyawa ku di bawa pergi..
suami ku memberitahu seluruh ahli keluarga..ibu dan ayah ku datang juga pada malam itu..
30 mac
awal pagi lg suami ku sudah ada di sisi ku..suami ku mengambil cuti emergency..aku merindu kakak dan adik..
selepas
suami turun ke lobby..aku di scan skali lagi..tp kali ini oleh pakar
pula..dia scan perut aku..aku hanya membatu..mengharapkan jawapan yang
berbeza...namun, jawapan yang sama aku perolehi..selepas itu aku di
masukkan ubat untuk membuka jalan..setiap 3jam aku akan dimasukkan ubat
lagi..sakitkah atau tidak??
alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..tiada kesakitan yang aku rasakan..
sepanjang
hari itu, aku hanya duduk di atas katil..setiap kali waktu melawat..ibu
bapa ku, ibu bapa mertua dan ahli keluarga lain sentiasa ada..mereka
menghiburkan haty ku..terima kasih semua..
31 mac
jam
2.40am..aku tersedar dari tidur..aku merasa kurang selesa di bahagian
bawah..aku menguatkan diri untuk turun dari katil dan pergi ke bilik
air..tetapi..belum sempat aku mengangkat badan..aku merasa sesuatu
keluar dari bawah.."yaAllah..kuatkan aku..."tidak ada kata yang dapat
aku katakan saat ini..hati ku berdebar2..
aku menekan loceng..dua orang jururawat datang..
"kenapa puan??" tanya mereka..
"saya rasa sesuatu keluar.."
"sekejap ea puan..kami call doktor.."
selepas
itu mereka menolak ku masuk ke bilik rawatan..sementara menunggu doktor
datang..mereka menukar pakaian ku dan menyediakan bahan2 yang hendak
digunakan oleh doktor sebentar lagi..
setibanya doktor,
dia terus memberikan rawatan kepada ku..aku hanya mampu berdoa dan
berzikir..rupa2nya yang keluar adalah uri beserta janin dan darah2
beku..alhamdulillah, aku bsyukur kerana Allah permudahkan
segalanya..selesai doktor merawatku..jururawat menunjukkan janin kepada
ku..
"puan..ni janinnya..perempuan.."kata jururawat..aku hanya mampu tersenyum dengan air mata..
"maafkan umy sayang..xjaga sayang elok2.."haty kecil ku berbisik..
selepas
aku ditolak keluar dari bilik rawatan..aku menelefon suami ku
menceritakan apa yang berlaku..belum sempat aku menghabiskan kata..dia
yang sentiasa menanti ku di lobby terus berlari naik ke wad..aku bsyukur
kerana dia menjadi suami ku..sentiasa ada di samping ku..terima kasih
abang..
"puan..lepas ni puasa yea..sebab kte takut kena cuci.."ujar seorang jururawat yang hampir kepada ku..
adusss..kecut perut aku dibuatnya..namun aku kuatkan aty..aku bdoa semoga Allah permudahkan segalanya..
dari masa itu sehinggalah pakar datang, aku hanya diberi antibiotik..6
botol..banyakkan..tangan memang rasa xle nk nagkat..almaklumlah, jarum
besar..sakit xyah cter lah..
pagi itu, suami ku datang
membantu ku menguruskan diri..kerana aku betul2 tidak mampu untuk
membuat sendiri..selesai aku mengurus diri..pakar datang membuat
cek..suami ku tpakse pulang ke rumah untuk menguruskan kebumian..
sewaktu
pakar membuat cek..aty ku berdebar2..moga aku dapat pulang hari
ini..selepas mendengar penerangan dari doktor..pakar memberitahu ku..aku
boleh pulang..yesssss..
"puan boleh pulang hari ini..cz uri n janin dah keluar sepenuhnya..so xperlu cuci.."jelas pakar kepada ku..
alhamdulillah..skali lagi Allah permudahkan urusan ku..terima kasih yaAllah..
tengah hari itu aku discharge dari hospital dengan temujanji pakar pada bulan 6..
Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan
teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Di sebalik ujian pasti
ada hikmah dari Nya.
Wallahu Alam.
Innaalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun.
Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah:216)